Langkah bijak anda manabung hari ini menjamin masa hadapan anda sekeluarga.

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

Surah Ali 'Imran [Ayat : 92]

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

INGATLAH KAMU

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah…”

(Petikan dari Surah Al-Baqarah:240)

Khamis, Oktober 30, 2008

ASSALAMMUALAIKUM..

Sekali lagi kita berfikir, berfikir bulan ini kita akan dapat makan makanan yang sedap-sedap seperti hari hari sebelumnya, itu lah yang kita fikirkan setiap kali kita fikirkan berkenaan simpanan takaful. Apabila diminta menyumbang di takaful, kita akan berfikir sekali lagi, dengan menyumbang di takaful kita terpaksa makan telor goreng & nasi putih yang berkuahkan kicap kerana fikirkan duit kita sudah kurang, itulah yang kita fikirkan setiap kali di minta menyumbang di takaful.

Tetapi apabila kita melihat orang lain mampu meliliki segala-segala nya, kita pun berfikir untuk memiliki segala-galanya walaupun sanggup makan telor goreng & nasi putih yang berkuahkan kicap, dengan berbuat demikian kita mampu untuk memiliki segala-galanya dan nampak sama taraf dengan orang lain..eemm., tapi adakah dengan berbuat demikian kita akan setanding dengan orang lain.. sanggup berhutang, keluarkan duit simpanan, melabur sana sini, makan telor goreng & nasi putih yang berkuahkan kicap, semua itu kita sanggup lakukan asalkan kita setanding dengan orang lain.eemm.

Tetapi kita lupa untuk fikirkan tentang DIRI kita, apabila sesuatu berlaku pada DIRI kita, adakah orang lain akan membantu dan menjaga kita.. eemm.. siapa kah akan membantu isteri dan anak-anak kita apabila sesuatu berlaku pada kita sedangkan duit sudah habis di gunakan untuk menjadikan kita setaraf dengan orang lain , adakah orang lain akan membatu?, bagi orang bujang, wah! masih belum ada tanggujawab. tapi kita lupa berfikir bila sesuatu berlaku pada kita, adakah orang lain akan membantu? eemm.. tak pe mak ayah masih ada boleh jaga.. tetapi sangguhkah anda menyusahkan hari tua mereka..eemm
:-) FIKIR-FIKIRKAN LAH